Sunday, April 5, 2009

YDP Ustaz Nordin Jaffar yakin, pengundi PAS mampu pertahan kemenangan di Bukit Gantang!

Ustaz Nordin Jaafar yakin... berdasarkan perkembangan terkini yang diperolehi calon PAS mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kecil ini dengan pertambahan majoriti!

PAS mampu mempertahankqan kemenangannya di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil 7 April ini walaupun mendapat tentangan sengit dari BN. Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertuanya Ustaz Nordin Jaafar dalam satu pertemuan di kediamannya.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini yang diperolehi calon PAS mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kecil ini dengan pertambahan majoriti.

"Kita menjangkakan pertambahan undi dari kalangan kaum Cina dan India. Dalam masa yang sama sokongan dari pengundi Melayu tidak akan menurun berbanding pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Dengan ini calon PAS tidak ada masalah untuk menang," ujarnya.

Petugas-petugas parti akan meningkatkan gerak kerja terutama di tiga hari terakhir menjelang hari pengundian dengan dibantu Kelab Penyokong PAS. Beliau yakin PAS tidak menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kemenangan pada pilihanraya kecil ini.

Tema kempen "PAS Mempertahankan Kemenangan Untuk Rakyat" telah menaikkan semangat seluruh petugas-petugas Pakatan untuk mencipta kemenangan pada kali ini.

"Walaupun BN membawa slogan "Mohon Restu Rakyat", tetapi ternyata pengundi-pengundi di sini tidak mudah terpedaya dengan taktik taktik BN. Bagi mereka BN tidak perlu mohon restu rakyat kerana apa yang dilakukan oleh Umno/BN terutama merampas kuasa di Negeri Perak telah mengguris perasaan rakyat Perak," kata Nordin.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan petugas-petugas dan penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu yakin dengan kemenangan kerana BN boleh melakukan apa sahaja di saat-saat akhir menjelang hari pengundian.

- http://sanggahtoksago.blogspot.com/

No comments: