Tuesday, April 7, 2009

Harga sebuah Perjuangan!!!!

Catatan blogger semasa balik dari Bukit Gantang.

Grik,Perak - Selasa, Pukul 6 petang, Sebuah kereta penyokong Pakatan Rakyat telah terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Lebuh Raya Timur Barat, berdekatan Grik. Kemalangan itu disebabkan jalan licin kerana hujan lebat.semua 3 penumpang kereta itu adalah warga kelantan.

Mereka datang dari arah Bukit Gantang sempena Pilihanraya Kecil Parlimen  Bukit Gantang, Perak menuju ke Pasir Mas,Kelantan.semua penumpang alami kecederaan kecil dan trauma.orang ramai, khasnya penyokong pakatan rakyat dari kelantan yang lalu lalang di kawasan kemalangan dengan serta merta memberi bantuan.


No comments: