Sunday, April 12, 2009

Muslimat Pakatan Rakyat di PRK P59 Bukit Gantang



Kursus dan taklimat persediaan menghadapi PRK P059 Bukit Gantang





Muslimat di hari penamaan calon




Muslimat bersolat hajat dan bermunajat setiap hari







Muslimat di kempen rumah ke rumah







Muslimat di hari mengundi






Malam kemenangan...(ehsan ummuasiah)






--
Dicatat Oleh ~♥ UmmiAnni ♥~ ke (`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

Saturday, April 11, 2009

Pas diminta tolak gaya elit


KUALA LUMPUR 11 April – Semua pemimpin Pemuda Pas di setiap peringkat hari ini diingatkan supaya tidak mengamalkan gaya hidup elit kerana dikhuatiri mampu menghakis sokongan rakyat.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub berkata, mereka harus sedar gaya hidup elit langsung tidak memberi faedah malah jika dibiarkan ia akan memberi kesan buruk kepada parti.

Beliau berkata, kekuatan Pas pada masa ini adalah hasil daripada sokongan rakyat, justeru semua pihak harus bertanggungjawab memelihara mandat tersebut.

"Saya sebenarnya khuatir dalam keadaan Pas semakin mendapat sokongan ada di antara kita terdorong hidup ke arah itu. Saya tidak mahu perkara ini berlaku dalam perjuangan kita.

"Berjuanglah seperti mana sekarang. Saya gembira melihat pemimpin-pemimpin kita sanggup berkongsi kesusahan bersama rakyat. Inilah sepatutnya kita lakukan kerana perjuangan kita adalah untuk rakyat,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Dewan Pemuda Pas Pusat di Markas Tarbiyyah Pas di Taman Melewar dekat sini hari ini.


Sindiket Pelacuran di Sabah ??

"Ana baru mendapat mesej dari seorang Ustaz dari Sabah berkenaan hal-hal dakwah di sana. Ana mohon pertolongan saudara untuk memberikan komen berkenaan hal ini, dan mohon untuk dipanjangkan mesej ini agar pendakwah-pendakwah yang ada dapat membuka mata dan mempergiatkan lagi kerja dakwah mereka.

Mesej tersebut seperti berikut:-


"Sabah negeri yang aman makmur, tapi jangan sangka tak ada maksiat terselubung. Perdagangan manusia sangat laris di sana. Wanita di Kepulauan Mindanao ditipu oleh ejen-ejen pedagang manusia dengan janji mendapat pekerjaan di Sabah. Di Sabah mereka dijual kepada taukeh-taukeh Cina atau kepada pengusaha hiburan atau kepada ejen pelacuran. Ada yang dijadikan isteri, ada yang jadi perempuan simpanan, ada yang dijadikan wanita pelayan kelab hiburan, ada yang dijadikan pelacur. Laluan masuk yang paling mudah adalah melalui Felda Sahabat Lahad Datu.

Jika ditanya perempuan-perempuan ini " Kamu dari suku apa? , Aku Bisaya" bererti agamanya Kristian, mereka tidak mengaku kaum Suluk. Kerana kaum Suluk adalah Islam. Daerah Limbang pula adalah gudang pelacuran yang paling laris. Segi tiga antara Sabah Brunei Sarawak. Tolong beri jalan penyelesaian." - Laporan Dakwah Sabah - 02 April 2009.

Kerja-kerja jahat seperti ini dilihat sebagai salah satu usaha terancang untuk menambahkan lagi kerosakan akhlak masyarakat Islam di Sabah. Bilangan pendakwah yang sangat kurang, Pertubuhan-pertubuhan Islam yang sedikit menjadikan masyarakat Islam di Sabah semakin buta terhadap ajaran Islam.

Lihatlah bagaimana masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Labuan dirosakkan secara sistematik dengan menjadikan statusnya sebagai 'Pulau Bebas Cukai'. Yang hakikat sebenarnya dijadikan gudang besar supply arak dan rokok. Anak-anak muda yang mengambil arak dianggap sebagai perkara biasa. Apatah lagi rokok yang difatwakan Haram oleh Jawatankuasa Fatwa Kerajaan. Manakala hiburan dan kelab-kelab malam tumbuh subur, sebaliknya pengajian-pengajian agama sangat sedikit. Amar makruf nahi munkar semakin samar dan suram. Keadaan ini haruslah diinsafi dan dijadikan iktibar.

Pernah suatu ketika dahulu kita dikejutkan dengan berita mengenai sebuah perkampungan Islam di Sabah yang kembali kufur dan meninggalkan Islam. Hingga tempat yang dahulunya masjid telah ditukar menjadi tempat ternakan kambing. Sekarang, umat Islam di Sabah tidak lagi dimurtadkan, tapi strateginya telah ditukar dengan meruntuhkan moral, menggalakkan kebejatan sosial dan mencabut Islam dari jiwa masyarakat.


Dari: www.mj2020.blogspot.com

Najib Pula Bagi Alasan Pasal Khairy







Datuk Najib berkata Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin telah menyatakan kesediaannya untuk memberikan tumpuan terhadap tugas parti meskipun tidak terpilih menganggotai Kabinet. Beliau kata Khairy faham keadaannya.

Najib berkata lagi adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang dan beliau memilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat.

Wa..hh.., senangnya hati bila mendengar PM bercakap. Kalau paling utama adalah rakyat, bubarkan DUN Perak agar rakyat menentukan siapa yang layak memerintah negeri mereka.

Tolong selesaikan siasatan2 yang melibatkan penyalahgunaan kuasa dalam kerajaan terutamanya mereka yang berada dalam UMNO. Laporan kepada SPRM telah bertimbun dibuat.

Selesaikan penyiasatan yang tertangguh entah apa sebabnya, mungkin untuk melindungi anggota mereka (polis) dalam isu kematian Kugan tempoh hari. Sekarang sudah timbul lagi cerita baru seorang 'rakyat' telah koma semasa dalam tahanan polis.

Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu. Yang ini kira beruntung sikit sebab mangsa tidak MATI....

Pasal Khairy pula, tak payahlah nak berselindung lagi. Ramai yang sudah ketahui iaitu Che Det betul2 berdendam dengan Khairy. Walau apapun, kita tunggu dan lihat, ini bukanlah bermakna genjatan senjata telah dicapai. Bahkan, peperangan akan tercetus dengan lebih besar lagi dimasa akan datang....


--


ISU ADI ANWAR - Kezaliman Polis Berterusan Di Era Pemerintahan UMNO BN

Belumpun reda lagi kes A Kugan yang dibelasah hingga mati dalam lokap polis USJ awal tahun ini, satu lagi kes menggemparkan rakyat mengenai tindakan zalim yang dipercayai dilakukan oleh pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Kali ini, Adi Anwar Mansor dibelasah dan dipercayai diberi minum pelarut hingga menyebabkan dia koma dan dimasukkan ke unit rawatan rapi Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang 8 April lalu.

Adi Anwar, 25 tahun kini dalam keadaan stabil dan menceritakan kejadian yang berlaku kepada ibunya, Jiknah Harun yang mendapati banyak kesan lebam di beberapa bahagian badannya.

Disebabkan tidak puashati terhadap layanan pihak polis di lokap berkenaan, Jiknah hari ini membuat laporan di IPD Klang.

Dia ditemani peguam N Surendran, ADUN Kapar, S Manikavasagam, Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago, Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar, Ketua Pemuda Pas Selangor, Solehan Muhi dan pemimpin Hindraf, Jayath ass.

Dalam laporan itu, antara lain Jiknah meminta pihak polis membebaskan anaknya dan menyiasat punca kejadian yang menyebabkan anaknya terpaksa menerima rawatan kecemasan.

"Saya baru balik ke rumah, anak saya cakap, mak abang ada kat hospital wad ICU. Saya bersiap dan terus pergi, bila saya sampai ada guard tak bagi saya naik. Saya kena tunggu sampai puluk 12, saya sampai pukul 10, berapa jam saya nak tunggu. Bila saya naik tengok, saya dah tak boleh cakap apa-apa, saya sebagai ibu, saya yang bela dia, janganlah pukul dia macam tu, kalau dia bersalahpun," Jiknah menceritakan keadaan ketika dia menemui anaknya di hospital.

Peguam yang mewakili beliau, N Surendran berkata, Adi Anwar memberitahu bahawa dia dipukul di dalam kereta polis dan kemudian dibawa ke balai dan dipukul lagi di bahagian kepala, ditendang di belakang dan dipukul dengan host getah sehingga dia tidak tahan kesakitan.

Ahli Parlimen Klang, Chales Santiago mahu pihak polis menyiasat bagaimana Adi Anwar boleh meminum pelarut berkenaan.

"Apa yang mendesak sampai saudara Adi Anwar terpaksa minum tinner, menjadi persoalan penting. Mengapa? Adakah dia tak boleh tahan kena pukul oleh itu dia terpaksa minum tinner atau apakah sebab lain dia minum tinne. Itu mesti disiasat," katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar pula berkata, pihak polis tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan seperti ini kerana Adi Anwar hanya disyaki.

"Tidak boleh dikenakan tindakan mengikut selera, untuk menghukum atau menzalimi sesiapa kerana belum tentu seseorang yang ditahan itu bersalah.

"Saya ingin mendesak Najib supaya mengutamakan perlaksanaan refomasi terhadap pasukan polis bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berulang.

"Selagi tidak ada badan seperti IPCMC yang memantau perkara ini, saya percaya dan yakin kes ini akan berterusan. Mula-mula Kugan India, hari ini Melayu, besok cina, lusa mungkin iban, tulat mungkin kadazan," tegas beliau.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Kapar, S Manikavasagam meminta supaya satu siasatan bebas diadakan dan menghukum mereka yang terlibat dalam kes berkenaan.

"Kita tak membela mana-mana penjenayah, kita mempunyai mahkamah, pihak polis boleh tangkap, boleh dakwa, kita boleh, tapi bukan macam ini," katanya.

Adi Anwar ditahan kira-kira jam 11.30 malam Selasa lalu kerana disyaki terbabit dengan kes dadah, tetapi tiada sebarang bukti ditemui.

Jiknah berkata, tiada sebab anaknya melakukan kesalahan sedemikian kerana dia baru mendapat bayi berusia tiga bulan dan hidupnya sekeluarga gembira.

Ketua polis daerah ACP Mohamad Mat Yusop dilaporkan berkata empat anggota polis berada di dalam lokap ketika Adi Anwar dikatakan minum pelarut berkenaan.
"Apabila anggota-anggota polis itu menyedarinya, ia sudah terlambat kerana kejadian tersebut berlaku dalam masa kurang 10 saat," New Straits Times memetik Mohamad sebagai berkata.

http://greenboc.blogspot.com

ADUN BN kemuka usul undi tidak percaya boleh dipecat - MB Terengganu

KEMAMAN: Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said hari ini berkata mana-mana Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap beliau bakal berdepan tindakan disiplin termasuk dipecat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin yang mengatakan terdapat usul undi tidak percaya terhadap beliau akan dikemukakan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri selama tiga hari bermula Isnin ini yang akan dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman.

Ahmad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri serta ADUN Kijal berkata, mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap seorang Menteri Besar dalam persidangan dewan adalah satu perkara serius.

"Jika usul itu datang dari pihak pembangkang, kami di dalam kerajaan akan menolaknya. Jika ia dikemukakan oleh wakil BN, dia akan dipecat, itu biasalah.

"Kalau mendapat sokongan, bubar dewan itu sahaja. Kita terpaksa menerimanya kalau dia nak buat..apa nak kata," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman di Bukit Takal di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas khabar angin bahawa akan berlaku perubahan beberapa jawatan Menteri Besar termasuk Terengganu di bawah pentadbiran Perdana Menteri baru Datuk Seri Najib Tun Razak, Ahmad berkata, beliau tidak mengetahui apa-apa tentang hal itu.

"Itu saya tidak tahulah….Terengganu kena tanya Tuankulah," katanya. sambil menyelar pihak media yang disifatkannya sebagai suka mengembar-gemburkan isu yang tidak diketahui kesahihannya.

http://mstar.com.my

BN sekat masyarakat bukan Islam memahami Al-Quran - Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Perlantikan Menteri Kabinet Najib Atas Dasar Pilih Kasih - Dato Husam

PERUTUSAN KHAS DS IR NIZAR JAMALUDDIN





Asalamualaikum dan salam sejahtera

Keputusan kemenangan Pakatan Rakyat yang diwakili PAS di Bkt Gantang dimulai dengan setinggi2 kesyukuran serta sujud syukur kepada Allah SWT. Kedua setinggi2 terima kasih dan penghargaan kepada semua pengundi yang berdaftar di P059 yang telah memberi undi yang cukup berharga kepada saya dan Pakatan Rakyat. Ketiga terimakasih tidak terhingga dan berpanjangan kepada semua petugas PR dari PAS , DAP , PKR dan PSM serta pimpinan masing diperingkat Pusat, Negeri dan Kawasan serta bahagian.

Keempat penghormatan dan tahniah kasih kepada semua petugas PAS dari badan perhubungan setiap negeri dari setiap pelusuk tanah air yang berkampong disemua UPU dan memberi sumbangan dalam apa bentuk sekalipun, disetiap program dalam membantu pengundi menyebelahi kita.

Terima kasih banyak2 kepada semua NGO, Bloggers, Media alternatif bebas, mahasiswa, kelab2 penyokong , Unit Amal, Helwa dan Nisa' yang turut menyerang dan mematahkan setiap hujah dan serangan UMNO BN. Kepada semua petugas di Markaz Air Kuning termasuk Pengarah Pilihanraya, Penyokong, Pencadang dan Wakil Calun serta semua petugas menggantung poster dan bendera, terima kasih banyak2.

Terima kasih kepada semua dewan muslimat , ulama' dan pemuda PAS setiap peringkat semua negeri kerana banyak membantu dan berdoa hajat serta munajat. Hasbunallah wa ni'mal wakil!

Penghargaan kepada golongan professional termasuk doktor, peguam, pakar IT dan webers yang menyumbang secara professional. Juga kepada unit gerak saraf yab berjaya disaat akhir mengeluarkan peluru berpandu cukup berkesan kepada UMNO.

Terima kasih kepada Murshidul Am, Timb Murshidul AM , Presiden, Timb Presiden dan semua Naib Presiden PAS yang telah memberi kepercayan kpd saya dicalunkan untuk memikul amanah ini. Penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PKR, DAP dan PSM yang bertungkus lumus memberi dorongan dan sokongan disepanjang kempen.

Terima kasi kepada semua rakyat Malaysia dan warga Perak yang telah berdoa disepanjang kempen serta bermunajat, zikir, solat hajat, bacaan yaasin dsbnya memohon pertolongan Allah SWT.

Terima kasih berpanjangan kepada semua ajensi kerajaan khususnya Tan Seri Pengerusi SPR dan semua petugas SPR, Pasukan keselamatan Polis, DO Taiping Datok Mahmud Morsidi selaku PP, semua petugas SPR, KTM, pegawai dan petugas pejabat Tanah Taiping, PACA dan Rela, Ayahanda2, Bomba dan Penyelamat wakil Rakyat Parlimen dan ADUN serta lain lain ajensi kerajaan pusat, negeri dan daerah.

Khusus penghargaan dan terima kasih kepada pemandu (sdr lan), smua pengiring dan penunjuk arah jalan, pengawal2 peribadi, YDP Bkt Gantang Ust Nordin dan unit keselamatan mengawal serta pengiring pergerakan istri saya Dati Seri Fatimah yang turut berkempen juga.

Terima kasih kepada semua ahli dan pimpinan UMNO BN yang berkerja sama menjayakan pilihanraya kecil P059. Kepada semua yang disebut dan tidak tersebut diatas, saya dengan rendah diri memohon kemaafan dan keampunan diatas apa jua kesilapan dan dosa yang terkeluar dari mulut saya atau keperibadian dan gaya badan serta peradaban yang tidak sengajakan, terkasar bahasa dan yang telah mengguris serta melukakan hati dan perasaan, maka saya mintak ampun dan kemaafan dunia akhirat.

Saya akur bahawa kemenangan ini kurniaan Allah SWT yang memerlukan dipikul tanggungjawab dan amanah besar sebagai Ahli Parlimen . Diharapkan doa berterusan agar saya dan keluarga dilindungi Allah SWT dan sentiasa dalam peliharan NYA.

Saya dedikasi kemenangan ini kepada Allah Yarham YB TN Hj Roslan Shahrum dan keluarganya . Pemergian beliau meninggalkan kita dan kemenangan ini adalah isyarat kerja baik beliau yang insyaAllah akan saya teruskan. Mari sama-sama sedekahkan Alfaatihah untuk arwah YB Hj Roslan Shahrum.....alfaatihah. Saya dan istri akan menziarah istri arwah YB Roslan pada petang ini, insyaAllah.

Jika tiada halangan saya akan mengangkat sumpah didepan speaker Parlimen minggu depan. Kini saya sedang berhadapan dengan YB Dato' Zambry Kader di mahkamah Tinggi KL dibantu oleh peguam2 saya untuk memohon perisytiharan (judicial review) dari mahkamah tinggi bahawa YB Dato' Zambri adalah tidah sah menjawat MB Perak dulu kini selalamanya. Doakan keputusan menyebelahi rakyat dan keadilan dapat ditegakan.

Salam hormat. Hidup Rakyat, Salam Reformasi dan Takbeer!


DARI RAKYAT KEMBALI KEPADA RAKYAT....KEMENANGAN RAKYAT!!!!


Thursday, April 9, 2009

Kelebihan & Kekurangan Kabinet Najib


Saiz kabinet Datuk Seri Najib Razak kini tidak lagi boroi seperti barisan kepimpinan negara zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi kabinet ini, yang baru sahaja selesai mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong hari ini, tetap tembam, dan berkemungkinan besar terus lembab gerak langkahnya.

Ramai pemerhati politik kecewa dengan senarai menteri yang kebanyakannya masih muka lama; nama-nama yang sinonim dengan kebekuan dan kebuntuan politik Abdullah sejak awal 2004 dahulu.

Cemuhan juga hebat dihamburkan kepada Najib dan barisan kabinetnya, terutama kritikan dari para pemimpin Pakatan Rakyat.

Dari satu segi, kalangan Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat melihatnya sebagai satu kelebihan kerana perubahan tidak drastik dari Najib akan memudahkan barisan pembangkang pusat untuk meneruskan agenda menumbangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini tidak menyukarkan Pakatan untuk meyakinkan rakyat bahawa ia adalah alternatif yang lebih baik dari BN, khususnya apabila muka-muka lama yang dianggap membosankan, masih berpaut pada kuasa kerajaan pusat. Dan mereka juga dikatakan punca BN gagal menghasilkan the wow factor.

Malah propaganda Pakatan yang berjaya mengalih pandangan rakyat untuk menolak Umno, BN dan Abdullah dalam pilihan raya umum 2008 tidak perlu banyak dirobah; hanya diubah suai untuk memenuhi keperluan semasa. Ini adalah kerana musuh politik Pakatan adalah muka-muka yang hampir sama juga.

Dari segi yang lain pula, barisan kabinet Najib mungkin menggugat peluang Pakatan untuk membuat kejutan sejarah dalam pilihan raya umum akan datang. Benar, masih banyak muka lama di dalamnya; tetapi ia juga mencerminkan pragmatisme Najib dalam menyelami hati para pengundi Malaysia yang masih berisfat konservatif.

Sejak Mac 8 tahun lalu sehingga hari ini, BN kalah dalam semua pilihan raya kecil (kecuali Dewan Undangan Negeri Batang Ai di Sarawak). Memang ia prestasi buruk BN dan kejayaan besar Pakatan, khususnya dalam mengekalkan sokongan pengundi keturunan Cina dan India.

Yang masih liat adalah pengundi Melayu yang tetap dilihat bersama Umno dan BN. Walau pun jumlah mereka bukan lagi di antara 70 dan 80 peratus seperti pada dekad-dekad sebelumnya, secara amnya majoriti pengundi Melayu yang bersama Umno dan BN masih pada kadar 45 hingga 55 peratus.

Melihat kepada barisan kabinet Najib, pengekalan ramai menteri Melayu yang sama boleh dilihat sebagai usaha untuk memastikan peratusan majoriti pengundi Melayu tetap bersama Umno dan BN.

Jika usaha ini berjaya, Najib mungkin mempunyai lebih banyak masa untuk mencari jalan menarik semula sokongan kaum bukan Melayu yang kini semakin tegar bersama Pakatan.

Apa yang benar-benar merisaukan BN adalah perubahan sikap kaum bukan Melayu terhadap PAS yang selama bertahun lamanya dimomokkan sebagai musuh kepada kaum Cina dan India. Sekarang fenomena pengundi Cina memilih PAS bukan lagi sesuatu yang menakjubkan.

Setakat ini belum ada mana-mana pemimpin Umno atau BN yang dapat mengatasi perubahan sikap yang positif untuk Pakatan ini.

Begitu juga langkah Najib melantik empat menteri dari Sabah yang dilihat sebagai usaha menghapuskan sama sekali krisis keyakinan terhadap Umno dan BN — setidak-tidaknya menghampakan harapan Pakatan yang cuba bertapak di negeri itu.

Kabinet baru dengan muka lama ini boleh disifatkan sebagai barisan yang berhati-hati dalam memulakan langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap Umno, BN dan Najib sendiri. Walau pun geraknya mungkin dilihat perlahan kerana masih tembam, ia mungkin lebih terperinci susun langkahnya.

Sebagaimana kata Najib sendiri, "Sebagai satu parti dan kerajaan, kita mesti berani bawa perubahan. Mesti berani buat perubahan pada diri kita dan metodologi politik yang diamalkan." Beliau turut mengakui kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau berpunca dari kelemahan Umno dan BN yang masih menggunakan metodologi politik lama.

Namun, perubahan kepimpinan juga memerlukan pengorbanan kerana pucuk pimpinan baru perlu mengisi jawatan dengan orang kepercayaannya dan membuang sesiapa sahaja yang tidak diperlukannya lagi.

Dalam hal ini, pemimpin-pemimpin era Abdullah seperti Khairy Jamaluddin telah pun diketepikan walau pun memenangi pemilihan Ketua Pemuda Umno. Lebih perit baginya ialah apabila calon yang tewas di tangannya Datuk Mukhriz Mahathir dan naib ketua pemudanya Datuk Razali Ibrahim pula diberi jawatan timbalan menteri.

Sedangkan Datuk Shahrizat Jalil yang sudah pun terkeluar dari senarai arena politik negara — tetapi kembali sebagai Ketua Wanita Umno — dipulangkan semua jawatannya sebagai menteri penuh. Kedua-dua jawatan ketua wanita dan pemuda adalah secara automatik bertaraf naib presiden dalam barisan kepimpinan Umno.

Begitu juga lawan-lawan dalaman seperti Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dianggap ramai kalangan Umno sebagai calon yang sepatutnya memenangi jawatan Timbalana Presiden Umno telah dihalang bertanding.

Suasana seperti ini mungkin membawa ledakan dalaman terhadap Umno. Jika Najib gagal menanganinya dengan baik — termasuk dalam soal perlantikan menteri besar dan ketua menteri baru tidak lama lagi — bibit perpecahan dalam parti yang sedia ada akan semakin memburuk.

Keadaan ini juga memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk kembali mencari jalan untuk merapatkan barisan mereka yang belum cukup kukuh. Pakatan perlu mencari formula dan gerak kerja yang dipersetujui bersama untuk menangani BN baru di bawah kepimpinan Najib.

Strategi dan taktik menentang Abdullah tidak semestinya berkesan menenang Najib yang lebih pragmatik dan berhati-hati dalam tindakannya. Pakatan juga tidak harus memandang mudah sokongan rakyat kerana pendedahan maklumat, sama ada melalui teknologi baru atau lama, membuatkan orang Malaysia semakin kritis dalam menyatakan suara hati dan keperluan mereka.

Jika pimpinan Pakatan melihat Najib sebagai cabaran yang lebih besar dan serius daripada kepimpinan sebelumnya, ia mungkin dapat mengelakkan diri daripada terperangkap dengan keangkuhan kononnya perdana menteri yang sarat dengan pelbagai tuduhan skandal lebih mudah untuk ditewaskan.

Yang penting, Pakatan tidak harus mengambil mudah dengan kabinet dan kepimpinan Najib; sebaliknya perlu lebih bijak dan bertungkus lumus dalam usaha memenangi hati rakyat.

Apatah lagi, yang baru itu cuma perdana menteri dan kabinetnya. Yang masih di takok lama dan mengekang hak adalah penggunaan undang-undang zalim, penyalahgunaan fungsi dan jentera agensi kerajaan, dan penguasaan media untuk menyokong Umno dan BN. Ruang kebebasan juga masih terhad dan peluang saksama hanya mainan lidah.

- http://pemudacheh.blogspot.com

Surat YB. Husam kepada Dr. Zambry


KUALA LUMPUR, 9 April: Menteri Besar BN Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir diminta menerima hakikat bahawa rakyat Perak tidak mahu beliau terus 'berdiri terpacak' sebagai menteri besar negeri itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa dalam satu surat terbuka kepada beliau memohon beliau kembali kepada rakyat.

"Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi," tulis Husam dalam suratnya kepada Zambry yang salinannya dihantar kepada Siasah hari ini.

"Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai'Menteri Besar Perak sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?" tanya Husam.

Berikut adalah surat penuh YB. Husam.

YB Datuk Zambry Abdul Kadir,
ADUN Pangkor, Perak Darul Redwan.

Assalamualaikum wr wt.

PEMBUBARAN DUN PERAK

Salam, dengan iringan YB dalam keadaan sehat sejahtera.Kelancaran Pentadbiran Negeri Perak dan kestabilan politik yang membolehkan urusan kebajikan rakyat dikendalikan dengan baik terganggu apabila kuasa Kerajaan Negeri Perak dirampas dengan membelakangkan pilihan rakyat.

YB terlibat sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan MB sekalipun MB yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya. Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian YB ADR Bukit Gantang di mana satu dari ADUN yang telah berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Cangkat Jering.

Seperti YB ikuti, calon BN telah tewas dengan majority yang lebih besar dari pilihanraya umum 2008, sekalipun gambar YB sebagai 'Menteri Besa' tersenyum lebar dan terpampang di mana-mana. Kemenangan YAB Datuk Sri Nizar telah membuktikan segala-galanya.

Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan rakyat. Apa lagi semua dasar-dasar yang diputuskan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat telah diteruskan tanpa satu pun dirombak walaupun UMNO mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak.

Saya suka memetik pendapat Dr. Wee Ka Siong, Dr. Cheah Soon Hai, Pengerusi Gerakan Kedah dan Encik Ismail Saffian, bekas calon BN di Bukit Gantang sendiri, yang disiarkan dalam akhbar The Star, muka surat N4 hari ini: bahawa punca kekalahan BN bukan sahaja di Bukit Gantang, malah juga di Bukit Selambau ialah peristiwa perampasan kuasa Kerajaan Perak.

Jika calon BN sendiri, seorang ahli UMNO, boleh mengakui hakikat ini, di manakah YB hendak letakkan muka? Ia bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah. Selain calon, rakan-rakan parti komponen YB juga secara terbuka menyalahkan tindakan berkenaan. Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan YB dan parti YB, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan berlebih lagi.

Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil? Masihkah mampu YB berdiri tercacak sebagai 'Menteri Besar Perak' sedangkan pilihan rakyat adalah lain dan rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telahpun menjatuhkan penghakiman mereka?

Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh dan tinggi.

Salam

Husam Musa
Naib Presiden PAS
13 Rabi'ul Akhir 1430/ 9 April 2009

Apa kes Azilah dan Sirul nak bunuh Altantuya?


Labels: ,


Bloomberg 9/4/09 (Sila klik untuk besarkan)


Lalu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pun dihukum bunuh setelah tamat perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Utusan Malaysia melaporkan mereka dihukum bunuh kerana pihak pembela mereka gagal menimbulkan keraguan munasabah.

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak kini sedang berkira-kira untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara jam 11 pagi ini untuk mendapat perkenan baginda terhadap senarai kabinetnya yang dijangka akan diumumkan jam 3 petang nanti, saya ingin menimbulkan keraguan tidak munasabah.

Pertama sekali, apa kes Azilah dan Sirul hendak membunuh Altantuya? Adakah mereka pernah mengenali broker dari Mongolia itu? Adakah Altantuya pernah terlibat dalam perniagaan senjata dengan mereka dan kemudian menjerit-jerit di hadapan rumah mereka meminta komisyen? Adakah salah seorang dari mereka pernah terlibat dalam adegan asmara dengan Altantuya termasuk menujah dari belakang (anal penetration)?

Adakah salah seorang dari mereka pernah bergambar dengan Altantuya di Hong Kong selepas wanita itu pulang dari Perancis? (Altantuya ada pejabat di Hong Kong. Harga pejabat di Hong Kong bukan macam harga rumah buruk bakaq a.k.a. ~penarik beca). Apa hubungan mereka dengan Altantuya sebelum mereka dituduh membunuhnya?

Takkan duduk saja-saja tak dak kerja apa nak buat tiba-tiba depa berpakat "mari kita bunuh Altantuya". Dengan imaginasi yang lebih liar, katakan sungguh depa duduk tak duduk tiba-tiba rasa nak bunuh Altantuya, macam mana pula depa kenal Altantuya? Adakah sebelum itu depa kenal Altantuya?

Bunuh satu hal. Mungkin dengan pisau menyiang sayur pun depa boleh bunuh Altantuya. Tetapi bagaimana pula mereka boleh mendapatkan bahan letupan C4 untuk meletupkan mayat Altantuya? Jangan lupa, depa tak letupkan mayat Altantuya dengan mercun katak, tetapi dengan C4 yang sangat eksklusif itu.

Bagaimana prosedur mendapat C4 dalam simpanan tentera? Adakah semua orang termasuk Mat Guni, Mat Bukit, Man Sirih dan bakaq a.k.a. ~penarik beca boleh mengambil C4 dengan mudah tanpa mendapatkan persetujuan dan kelulusan menteri? Kalau benar mesti mendapatkan kelulusan menteri terlebih dahulu, siapa Menteri Pertahanan ketika itu? Husin Lempoyang?

Mengapa pula Malaysiakini melaporkan seperti berikut:
Tertuduh kedua kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia adalah sekadar "kambing hitam yang harus dikorbankan" untuk melindungi rancangan dan niat mereka yang tidak berada dalam mahkamah ini untuk menghadapi pertuduhan.

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam," kata Koperal Sirul Azhar Umar dengan nada suara yang sebak ketika memberi keterangan membela diri.

Sirul, 37, dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman, turut menyentap perasaan mereka yang berada dalam mahkamah dengan merayu agar tidak dijatuhkan hukuman mati, lapor Bernama

"Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya," katanya sambil dilihat mengesat linangan air mata.
Dan, mengapa pula Abdul Razak Baginda lebih bernasib baik dari A Kugan apabila Najib yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri menghantar SMS berikut kepada peguamnya ketika itu, Datuk Shafie Abdullah:
"Pls do not say anything to the press today. i will explain later. RB will have to face a tentative charge but all is not lost".
Apa sebab all is not lost? Keadilan yang bagaimana itu? Bolehkah Kugan mendapatkan "keadilan" seperti itu? Bolehkah kita mendapatkan "keadilan" seperti itu?

Anda ada lagi soalan dan keraguan yang tidak munasabah?
Sumber :  bakaq a.k.a. ~penarik beca
 

----



Surat Tuan Guru Nik Abdul Aziz kepada YB Nga Kor Ming.


13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi "saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang."

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap "tidak mesra Umno" dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya.

Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti "dimana tak kenanya Islam" atau "apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam" bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO' HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, dua lagi ketua sayap utama dalam parti dilantik menganggotai barisan kabinet baru.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan belia dan sukan.

Seperti yang diramalkan, ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran).

Barisan kabinet yang diumumkan oleh Najib hari ini juga menyaksikan jumlah kementerian berkurangan daripada 27 kepada 25 - ekoran penggabungan dua kementerian sebelum ini.

Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan dan kementerian tenaga, air dan komunikasi telah digabung dengan kementerian lain - kini dikenali sebagai kementerian penerangan, komunikasi, kesenian dan kebudayaan dan kementerian tenaga, teknologi hijau dan air.

Manakala jumlah menteri turut berkurangan daripada 32 kepada 28 orang. Bagaimanapun jumlah timbalan menteri bertambah daripada  38 kepada 40 orang.

- Malaysiakini

Wednesday, April 8, 2009

Wawancara Dengan Pak Cik ChokMan Di Bukit Gantang


Oleh Faisal Tehrani

Wartawan: Siapa nama Pak Cik?

Pak Cik: ChokMan

Wartawan: Pak Cik asal dari mana?

Pak Cik: Simpang, Changkat Jering.

Wartawan: Pak Cik kerja sebagai apa?

Pak Cik: Cikgu pencen. Sekarang tanam deghoyan.

Wartawan: Nanti pilihan raya Pak Cik nak mengundi siapa?

Pak Cik: Payoh benor soalan ni.

Wartawan: Kenapa pula?

Pak Cik: Ate deme bagi duit dan basikal (ketawa terbahak-bahak)

Wartawan: Habis Pak Cik termakan lah duit dan basikal tu? Pak Cik nak undi siapa?

Pak Cik: Macam aku ni perok, tak pernah tengok benda. Ingat aku ni hakap. Aku dah lama ada basikal Raleigh pior. Itu le deme meraban teben. Bawak orang berucap dalam masjid nyelap sador. Yang betina muda-mudanya kempen ngele'nyor aku tengok. Terasa aku nak bagi penampor. Tak sior aku ngundi deme.

Wartawan: Jadi sogokan duit tak akan mengubah pendirian Pak Cik?

Pak Cik: Basikal aku ambik. Tapi nyoghogat aku nak terima deme. Ingat aku tak cukup mentekedaghoh? Cucu aku pergi sekolah, belajar tak paham satu apa. Balik sekolah muka ganjei. Payoh katanya. Mengira kena cakap omputeh. Dulu suka jugak dia ke sekolah. Aku ni dulu cikgu, ada deme tanya aku masa nak buat gitu?

Wartawan: Tapi ramai orang kata calon PAS derhaka?

Pak Cik: Issy genyii. Deme derhaka dulu tak ngaper? Berda'ah!

Wartawan: Lagi, kenapa Pak Cik tolak mereka?

Pak Cik: Tak mandang aku. Dah muncoh deme merambu sana sini, sampai Disneyland merambu. Ingat aku tak tahu. Aku baca blog juge.

Wartawan: Tak faham lah Pak Cik. Muncoh tu apa?

Pak Cik: Berghanso dulu. Aku nak ke maket. Nak singgah cyber cafe juge.

* Penduduk Bukit Gantang tidak menggunakan loghat di atas. Bapa saya orang Perak, sekali-sekala dia bertutur seperti di atas. Alasan Pak Cik ChokMan dalam membuang undi ini wajar difikirkan.

http://tehranifaisal.blogspot.com
 


ABO @ Bukit Gantang - Review (1) Jangan biar hati dibuai bangga,Tugas makin besar di hadapan !

Assalamualaikum w.b.t
Salam sejahtera kepada wak dan rakan-rakan bloggers..pasti saat ini adalah saat paling senang untuk melepaskan lelah sepanjang hampir 18 hari bergelumang dengan segala macam peristiwa dan aneka ragam manusia.. Ini saat yang pastinya ..perlu digunakan sebaik waktu bagi meluruskan pinggang, mengungkai serat urat belikat, merehatkan otot dan segala saraf.. rehatlah sebentar.. buat rakan-rakan bloggers.. rehatlah sebentar.. biarkan kaunselor anda sedikit menulis..

Ini kerana ..kemenangan semalam bukanlah penamat kepada sebuah perjuangan..tapi perjuangan sebenar baru sahaja bermula.. detik mulanya adalah pada saat SPR mengumumkan bahawa calon PR telah memenangi kerusi yang dipertandingkan.

Bermula saat itu, segala dan seluruh jentera serta kapasiti musuh akan merenung dan menjeling tajam setiap inci gerak serta lagak .. mencari di mana silap dan titik hitam yang boleh diguna pakai untuk menikam ..sama ada dari depan mahupun belakang.. Kemenangan semalam memberi tanda bahawa pihak musuh akan lebih berwaspada dan berusaha mencari pelbagai helah untuk menafikan kemenangan seterusnya biar dengan apa cara sekalipun.. kemenangan berderet PR dalam PRK bukan memberi tanda mereka lemah dan boleh dipandang enteng tetapi keupayaan mereka untuk counter attack boleh melemaskan kita... ingatlah pesan Allah s.w.t , di saat mereka merasakan mereka kuat dengan jumlah yang ramai.. ..ingatan Allah s.w.t ini amat berkait rapat dengan kejayaan kita hari ini..

Dengan itu, dipohon kepada sahabat yang mempunyai info..juga kepada jentera terlibat mempuat segera post mortem kemenangan..di mana salah dan silap kita hari ini.. melihat kepada jumlah yang keluar mengundi lebih kurang 70 % .. bermakna ada lagi 30 % individu yang kita belum tahu kecenderungannya.. mereka mungkin jenis yang buta politik atau pejamkan sebelah mata dan tutupkan sebalah mata dari melihat politik kerna merasakan politik tidak ada kaitan dengan kehidupan mereka.. atau mereka ini adalah di antara mangsa ...mangsa yang dinafikan hak mereka untuk mengundi secara tidak langsung... ini berlaku bilamana pemerintah melalui SPR telah menetapkan tarikh hari mengundi pada hari bekerja.
Umumnya kita tahu dan sedar kebanyakan penyokong PR adalah golongan muda dari saluran 2...yang mendapat maklumat dihujung jari.. persoalannya..adakah golongan 30% yang tidak keluar mengundi itu adalah dari golongan ini.

Jika analisis yang dibuat menunjukkan ia benar ..maka langkah mengadakan PRK atau PRU pada hari bekerja adalah satu strategi mutlakk pihak berkenaan untuk menumbangkan PR secara kotor.. Waima demikian ..selagi PR belum mengambil alih tampok kekuasaan pusat amat sukar perkara ini untuk diperbetulkan... ianya akan berterusan .. selama mana keadaan ini wujud.. jadi mahu atau tidak ..kita harus memasang strategi untuk mengatasi permasalahan ini.. sekadar memujuk, mendemontrasi, menghantar memorandum, mesyuarat dan segala jenis aktiviti dengan atau kepada SPR ..ia tidak akan menunjukkan kesan yang kita inginkan.

Lalu ..yang pasti kita harus mempunyai perancangan mulai sekarang ..bagaimana untuk memenangi perlumbaan ini. saluran maklumat melalui wadah internet .. cukup baik dan bagus akan tetapi belum berjaya untuk menyentuh hati para pengundi (30%) berkorban cuti dan wang ringgit untuk kembali mengundi.. kita perlu membawa mereka balik dengn niat setulus hati seikhlas nurani demi sebuah perjuangan suci.. kita perlu sentuh emosi dan naluri mereka untuk bersedia berkorban demi perjuangan ini.

Kenapa mereka tidak pulang mengundi ?? Mungkinkah makna perjuangan belum bersemi dalam diri? atau mungkinkah halangan kewangan ? atau mungkin pekerjaan rasmi? kalau ini adalah antara jawapannya maka kita harus mencari idea bertikam ilham untuk membawa mereka .. pastinya kita tidak mampu untuk menyediakan wang ringgit untuk tambang seperti mana pihak lawan.. kita juga tidak mampu untuk mengarahkan syarikat memberi cuti atau kelonggaran kepada pengundi keluar mengundi seperti pihak tertentu..lalu apa yang harus kita lakukan???
Mungkin ini yang perlu kita fikir dan terjemahkan bersama;
i. didapati ada di antara pengundi PR yang mana suami dan isteri mendaftar di dua tempat yang berbeza.. kampung suami dan kampung isteri.. keadaan ini memecahkan kekuatan undi.. kalau suami balik ke kampungnya mengundi bermakna isteri tidak dapat mengundi.. ini telah menghilangkan satu undi.. jadi kita harus galakkan pasangan pengundi PR untuk mendaftar di satu tempat mengundi sahaja.. contoh ..seorang Kedah dan seorang Johor..menetap di Kuala Lumpur.. sama ada dua-dua mendaftar di KL atau pilih salah satu kampung sahaja Kedah atau Johor.. ini perlu digerakkan segera kerana kita tidak tahu bila masanya PRK mungkin akan muncul ..

ii. ada di antara anak-anak penyokong PR yang belum mendaftar.. gerakkan segera kempen mendaftar anak-anak ini..terutama yang sedang menuntut atau bekerja di luar kawasan.. setiap penyokong PR perlu berperanan memastikan anak masing-masing mendaftar dan kembali mengundi..

iii. Dunia hari ini memperlihatkan peranan rakan sebaya yang cukup signifikan.. rakan sebaya amat mempengaruhi perlakuan dan keperibadian pengundi muda hari ini. kita mula dan gerakkan tarbiyah golongan ini dengan memberi latihan kepada anak-anak penyokong terutama di IPT tempatan..setiap anak penyokong harus diberi latihan bagaimana untuk menanam makna perjuangan dalam diri rakan-rakan.. mereka harus digerakkan untuk memujuk rakan-rakan mendaftar dan menjadi pengundi PR

iv. strategi mengadakan pengundian pada hari bekerja memberi tamparan kasih sayang kepada PR.. namun tindakan seperti P Pinang memberikan cuti umum kepada rakyat dalam PRK Permatang Pauh dilihat memberi tamparan kepada pihak terbabit.. jika ini berlaku lagi maka kerajaan PR harus melihat perkara ini dengan serius.. jadikan ini sebagai agenda penting perbincangan.. mesti atau tidak cuti umum di berikan apabila PRK diadakan pada hari bekerja.. kajian teliti harus dilakukan misalnya melihat pola pengundi di permatang pauh, kuala terengganu, bukit gantang dan bukit selambau.. permatang pauh diberikan cuti umum.. adakah pola pengundi di saluran orang muda (2) meningkat berbanding di KT, BG dan BS. ?

Lupakan dulu soal yang bertanding di PP adalah DSAI.. ini kerana sikap pengundi sukar untuk diubah jika hanya soal calon.. contoh.. kalau jenis yang tidak ambil peduli dia tetap tidak peduli siapa calon yang bertanding.. bagi yang tinggi semangat perjuangan..meredah lautan gelora akan ditempohi asal dapat kembali mengundi.. namun sekiranya telah diberi peluang (cuti ) namun polanya masih sama..

Maka kita boleh andaikan mengadakan hari mengundi pada hari bekerja tidak menjejaskan sokongan kepada PR.. 30% yang tidak keluar itu mungkin berada jauh dari kampung halaman ..sukar untuk kembali dengan cuti dan ringgit yang terhad atau mereka yang mungkin tidak ada hati untuk mengundi ..

v. Mereka yang tidak ada hati ..perlu diberikan hati .. hati sekurangnya-kurangnya ada tiga (3) jenis..hati mati..hati keras.. hati lembut. Mereka yang hatinya telah mati perlu dihidupkan kembali (ramai daripada kita PR ada kaedah untuk hidupkan hati).. mereka ini biasanya tidak sukakan ilmu..tidak sukakan majllis ilmu, tidak suka membaca dan tidak suka berfikir.. hati mereka tidak suka kepada semua itu.. mereka seperti ini biasanya juga 'pekak dan bisu' serta 'buta' ..mereka tidak nampak akan kebenaran biarpun kebenaran ada di depan mata.. mereka ini harus kita hampiri ..dampingi..rapati.. jadikan kawan, buatkan sahabat.. mereka banyak bermain dengan logik dan emosi.. tariklah rambut dalam tepung..tepung tak berselerak , rambut tak putus..
Mereka yang hatinya keras.. sekeras hatinya Umar.. lembutkan dengan 'Toha', sejukkan dengan DUIT (Doa, Usaha, Istiqomah, Tawakkal)..mereka ini mencari-cari hala tuju..mencari dahan untuk bergantung,, mencari rimbun untuk berteduh.. bila bertemu dia kasar ..ganas, bengis , bila dah ketemu .. dia manis, dia menangis, dia merintih... selembut hatinya Syaidina Umar.

Mereka ini perlu didekati, di bawa mencari ..dipimpin.. apa yang perlu sebelum dipimpin..ikuti dulu rentak mereka.. sikap kasar mereka..sikap bengis mereka.. setelah ditawan baru lah dipimpin mereka ini menuju jalan yang benar..

Bagaikan kisah Syaidina Umar dan adiknya.. golongan ini bergerak atas kepercayaan rasional.. 'aku tak join politik pun ..gaji aku tebal, buat apa nak mengundi bukan dapat apa pun', 'nak balik kalau takat nak mengundi , baik tak payah''' 'satu undi tak de maknanya pun'.. bermcam lagi kepercayaan rasional mereka.

Jadi petugas kita perlu tangani ketidak rasionalan ini.. jangan dibantah atau disanggah.. sokong dan ikuti sehingga telah berjaya bersama ..tarik mereka membuat u-turn... satu undi berjaya diperolehi.. Mereka yang lembut hati.. hati yang telah lembut jika tidak diisi dan dibajai akan kembali keras.

Apabila telah lembut hati Syaidina Umar ..lalu dibawa adiknya bertemu Rasulullah s.a.w.. untuk apa? untuk diisi.. diisi dengan Islam .. lalu mereka yang telah lunak dengan perjuangan ini harus kita isi..isi dengan kandungan dan makna sebuah perjuangan.. ramai pelayar internet.. berbondong-bondong menggali sumber khazanah dalam blog dan lain-lain.

Bila bersuara ...suaranya suara perjuangan .. kata-katanya ..kata-kata perjuangan ..tapi bila di tanya ..kau dah mendaftar..errrr..lupa la...kau dah mengundi..nanti la awai lagi.. jadi mereka yang dah lunak hatinya ..harus segera ditarbiyah.. ditanam..diisi , disirami..dibajai.. supaya akhirnya dia menjadi pejuang sejati.

Mereka ini biasanya berfikir secara rasional, logik berdasarkan fakta, sukakan ilmu, sukakan majilis ilmu, gemar membaca.. menganalisis..memerhati.....surah as-Sajdah,ayat 9, setelah disempurnakan kejadiannya, lalu ditiupkan roh, diberikan pendengaran, penglihatan serta hati (agar dapat berfikir), tetapi tidak ramai yang bersyukur'.

Demikian sikit sebanyak profil bakal pengundi untuk sama-sama kita renungkan .. mungkin tepat mungkin tidak .. apa pun..kita perlu lakukannya segera .. kerana untuk mengubah sikap manusia .. bukan hari yang perlu dikira..tetapi bulan dan tahun.. mungkin sebelum PRU 13 kita ada lebih kurang 3 atau 4 tahun.. ini kiranya cukup untuk kita .. bekerja keras.. mendampingi dan mendekati .. sasar tuju kita.. dalam sebuah rumah .. mungkin ada 3 pengundi.. dampingilah ketuanya.. dalam rumah panjang ada 30 keluarga ..rapatilah tok batinnya..

Sejarah telah banyak kali menunjukkan bila ketua/pemimpin berubah..sekalian pengikut dan hamba rakyat turut berubah.. Semoga dapat kita manfaatkan bersama.. bukan untuk mengajar cuma untuk luahkan apa yang berbuku dihati.. berkongsi keyakinan bagaimana kita boleh lakukan demi sebuah perjuangan suci. Wassalam.

Sumber : http://politikbanjar.blogspot.com/

ibnuhassan alhaj

Tuesday, April 7, 2009

Video Kemenangan Calon Pakatan Rakyat, Manikumar Di Bukit Selambau

Video Kemenangan Rakyat di PRK P59 Bukit Gantang



Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Kepada Datuk Seri Nizar & Rakyat!!!

Perjuangan Baru Bermula!!!

Keputusan Rasmi Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang, P59

Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62

Majoriti - 2,789
(PRU 2008, majoriti - 1,566)

Datuk seri ir. Nizar dititah mengadap Sultan Perak dalam waktu yang terdekat?

DRS. KHALIL IDHAM LIM: Saya menjangkakan YAB Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat yang masih sah, Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin mempunyai peluang yang baik untuk mendapat perkenan dari Sultan Perak untuk mengadap dalam waktu yang terdekat.

Kemenangan beliau dalam PRK Bukit Gantang merupakan isyarat yang jelas kepada Istana bahawa itulah referendum rakyat yang mesti dihormati oleh semua.

Beberapa hari selepas persidangan bersejarah di bawah pokok pada 3 Mac sepucuk surat telah diutuskan kepada Sultan perak mohon perkenan untuk mengadap dari memanda MB Perak yang masih sah untuk mempersembahkan hasil keputusan Mesyuarat.

Saya difahamkan susulan kepada surat pertama itu telahpun dikirim sekali lagi untuk mendapat perkenan mengadap.

Oleh itu saya menjangkakan jawapan akan diterima dari pihak istana sebagai prosuder biasa yang telah dilakukan mestilah semua surat itu memerlukan jawapan.

Semuga Nizar di perkenan mengadap

Rakyat BELUM maafkan BARISAN NASIONAL/UMNO

Petikan dari Malaysiakini.com

Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan rakyat terus-menerus menolak BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.

Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.

BN yang melontarkan slogan "mohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional" dengan gambar besar Najib dan barisan pemimpinnya jelas gagal mendapatkan restu tersebut - sama ada terhadap beliau sendiri atau menteri besar BN yang baru, Datuk Zambry Abd Kadir.

gantang by election 070409 pas nizar win result announce 04Seperti dihasratkan oleh Pakatan, ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.

Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.

Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar  Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.

Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.

Kini bukan sahaja beliau, malah seluruh Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.

Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu.

Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.

Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.

bukit selambau manikumar with azmin winner of election 070409Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.

Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.

Sementara calon PKR S Manikumar (foto, kanan sekali) yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah.

Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi. Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi.

Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi.

bukit gantang by election bn posters on site 310309 01Daripada lima pilihanraya kecil dalam tempoh sembilan bulan sejak Ogos lalu, Pakatan menang empat kerusi dengan majoriti yang semakin besar, termasuk merampas Kuala Terengganu, Januari lepas - gejala yang menunjukkan BN semakin hilang cengkaman di peringkat akar umbi masyarakat.

Bagaimanapun ia masih berkuku di Batang Ai apabila calonnya Malcolm Mussen Lamoh berjaya menggandakan majoritinya kepada 1,854 undi daripada 806 yang diraih pada pilihanraya Sarawak, 2006.

Kegagalan PKR menggugat BN, setidak-tidaknya menurunkan majoriti parti itu, membayangkan parti pembangkang itu harus bekerja lebih keras bagi menghadapi pilihanraya negeri yang bakal diadakan selewat-lewatnya pada 2011.

Ia juga boleh mengendurkan keghairahan penasihat PKR untuk melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur seperti sering diuar-uarkan setelah menggondol keyakinan baru selepas keputusan luar biasa 8 Mac tahun lalu.

Tiga pilihanraya kecil serentak ini dengan jelas mempertahankan status quo - menajamkan lagi persaingan politik antara Pakatan dengan BN, dengan satu perbezaan iaitu Najib pula menggalas beban Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bekas presiden Umno dan perdana menteri itu dipaksa berundur awal dengan alasan beliau punca utama kemerosotan BN pada pilihanraya ke-12.

Bagaimanapun keputusan di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai hari ini tidak menunjukkan Najib boleh memperbaiki kelemahan Abdullah dengan segera kecuali harus terus melaksanakan janji reformasi seperti formula kemenangan BN pada 2004. 

Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan.

bukit gantang anwar ibrahim sunday dinner ceramah 060409 01Nada yang sama - membubarkan DUN untuk mendapatkan mandat baru rakyat Perak - turut disuarakan oleh tokoh DAP Lim Kit Siang dan Anwar malam ini.

Lim, juga ahli parlimen Ipoh Timur, malah menyifatkan keputusan itu sebagai tanda rakyat hilang kepercayaan kepada Najib dan menggesa sidang tergempar Dewan Rakyat untuk menguji sokongan terhadapnya.

Sambil menyifatkan rahsia kemenangan Pakatan Rakyat pada kerjasama erat tiga parti pembangkang, Anwar memberitahu Malaysiakini malam ini, bahawa keputusan itu membayangkan semua kaum tetap mahu menuntut perubahan walaupun Najib telah menggantikan Abdullah.

Timbalan presiden Umno yang memikul jentera kempen BN kali ini menafikan kegagalannya sebagai "pungutan suara" terhadap Najib.

Tan Sri Muhyiddin Yassin malah berkata rakyat belum "menyerap" perubahan pucuk kepimpinan negara dan Umno kerana ia masih terlalu baru.

Selain menafikan keputusan di Bukit Gantang sebagai tanda penolakan terhadap rampasan kuasa BN di Perak, beliau juga menolak tanggapan bahawa kehadiran Dr Mahathir membawa kesan "negatif" kepada calon parti itu.

- Sumber : Malaysiakini