Sunday, April 5, 2009

(113) ABO @ Bukit Gantang - Kronologi Kekecohan di Trongate subuh tadi (update) Makluman awal tentang insiden : KLIK di sini Hampir Cemari Pilihan Raya Bukit Gantang

JAM 2:00 pagi tadi saya cuba melaporkan satu kejadian yang nyaris-nyaris mencetuskan perbalahan besar antara kedua para penyokong dan pekerja jentera kempen pilihan raya Pas dan BN di Bukit Gantang. Sekiranya tidak ada tolak ansur dan campur tangan segera polis pasti kekecohan malam tadi membawa pergaduhan yang akan mecemari perjalanan pilihan raya kecil P59 Bukit Gantang.

Kerana tidak ada kemudahan internet maka laporan berkenaan terlewat diposting. Namun saya percaya sudah ada blogger atau pun protal berita lain memberi laporan terperinci mengenai kejadian malam tadi dari detik ke detik.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 12:45 minit tengah malam, di Kepala Bukit, Batu 8, di simpang ke Changkat Ibol. Kawasan ini dikenali sebagai kubu kuat Pas sejak lama dulu dan UBN dikatakan sukar untuk menembusi kubu ini.

Sesampai di simpang itu pagi tadi sekembali dari menghadiri ceramah Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Tebok dalam DUN Trong, kelihatan ramai penyokong Pas dan pekerja pilihan raya berdiri di tepi jalan. Mereka dalam keadaan siapa siaga dan seperti ada sesuatu yang berlaku.

Kerana mengsyaki sesuatu saya bersama Pak Abu, dua orang rakan lain berhenti untuk meninjau dari dekat apa yang berlaku sebenarnya.

Sangkaan kami benar, ada sedikit kekecohan berlaku antara penyokong dan pekerja pilihan raya Pas dan UBN.

Jumlah penyokong dan pekerja Pas ketika itu kira-kira 100 orang. Semua mereka terdiri daripada anak-anak muda dan mereka adalah orang-orang tempatan Bukit Gantang.
Menurut maklumat kekecohan itu berlaku apabila pekerja UBN tidak menghormati "persetujuan" berhubung pemasangan poster dan banner di sekitar kawasan itu yang telah dibuat sebelum ini.

Katanya pihak Pas tidak membenarkan poster atau banner UBN ditampal di kawasan itu. Ianya boleh dibenarkan sekiranya orang UBN tempatan sendiri yang akan melakukannya. Mereka melarang mana-mana orang luar untuk menampal poster di situ. Larangan itu bukan saja kepada pekerja luar UBN saja, tetapi pekerja luar Pas juga.

Persetujuan itu telah dibuat di hadapan pihak berkuasa di situ dan kedua pihak akan mematuhinya.

Tetapi 'perjanjian' itu cuba dinodai pada malam itu. Penyokong sudah mendapat tahu yang ada pihak luar dipanggil untuk pasang poster di situ. Gara-gara itu para penyokong Pas bersiap sedia untuk menghalanginya berdasarkan kepada pesetujuan dibuat itu.

Sekumpulan para penyokong UBN juga terdiri dari orang tempat berada di tempat itu yang dijarakkan kira-kira 100 meter sahaja. Kedua pihak kelihatan dalam keadaan tegang dan siap sedia untuk bertindak antara satu sama lain.

Jam 1:10 malam sebuah lori membawa bendera UBN memasuki ke kawasan itu dan diletakkan berhampiran simpang berkenaan. Kedatangan lori itu sudah ditunggui dan tidak menyenangkan para penyokong Pas menyebabkan mereka terus menyerbunya.

Mulanya mereka melarang dari jauh tetapi setelah mendapati pekerja dari atas lori itu enggan berbuat demikian menyebabkan mereka menyerbu sambil melaungkan meminta supaya lori itu dibawa keluar dari kawasan itu kalau tidak mahu ianya diapa-apakan.Jumlah para penyokong Pas juga bertambah dalam sekelip mata saja.

Setelah lori itu berdegil dan cuba mempertahankan untuk memasang bener menyebabkan penyokong Pas naik bereng. Ketika ini kekecohan berlaku di mana berlaku tolak menolak. Kekeras juga mula digunakan di mana ada yang menepuk lori dengan tangan dan mengancam untuk bertindak ke atas lori berkenaan.

"Siapa yang bertanggungjawab dan suruh kamu bawa bendera ini. Mana, tujuk kamu dari mana??" kata seorang penyokong Pas dan diikuti oleh beberapa yang lain. Keadaan sudah mula panas apabila mereka menyedari lori dan pekerja berkenaan datang dari Gerik.

Pekerja UBN itu tidak berbuat apa-apa dan mereka panik dengan apa yang berlaku. Kira-kira 50 orang pekejera UBN yang ada di situ juga tidak apat berbuat apa-apa kerana bilangan penyokong Pas semakin bertambah.

Melihat keadana sudah seperti tidak dapat dikawal dan kemarahan sudah membuak akhirnya lori berkenaan berundur. Sebaik lori itu berundur penyokong Pas bersorak dan takbir.
Ketika ketegangan ini berlaku terdapat tiga buah kereta trafik polis berhampiran tempat kejadian itu. Beberapa anggota FRU dan dua buah land rover juga ada di situ. Lebih 20 SB juga turut sama berada di situ.

Apa yang agak menghairankan polis seakan tidak bertindak segera dan seperti mahu memerhati saja apa yang berlaku. Cuma salah seorang anggota polis sibuk cuba menenangkan keadaan. Dua toiga orang anggota FRU yang berada di atas land rover pula diminta turun setelah suasana susah hampir tenang.

Selepas lebih setengah jam keadaan tegang itu berakhir. Selepas keadaan tenang saya meninggalkan tmpat itu untuk mencari makan.

Jam :45 selepas memakan dibatu 10, kelihatan beberapa buah trak FRU siap dengan bunyi siren menghala ke arah tempat kejadian. Lebih lima buah trak yang padat dengan anggota FRU sempat dilihat menghala ke tempat kejadian itu dengan diikuti beberapa buah kereta polis. Sebelum sempat menghabiskan makanan yang dipesan saya, Pak Abu dan dua rakan bergegas semula ke tempat kejadian.

Di simpang Kepala Bukit, Batu 8 itu keadaan sudah jam. Trak FRU dan kereta polis memenuhi di sepanjang jalan. Keadaan tidak ubah seperti dalam kecemasan. Anggota FRU dianggarkan 150 orang sudah siap sedia untuk bertindak. Kereta yang menghalang dari Batu 10 ke batu 8 di arah berputar balik.

Rupanya selepas saya meninggalkan tempat tadi, meletus semua kekecohan yang menyebabkan FRU dipanggil ke situ. Kekecohan kali ini berlaku apabila penyokong Pas menyedari ada pihak tertentu telah memasang banner menghina Pas yang tertulis "Rukun Islam dan Rukun Iman Pas".

Banner menghina Pas ini dipasang selepas kekecohan selesai. Pemasangan disedari oleh kumpulan pekerja dan penyokong Pas tadi menyebabkan mereka meminta ianya diturunkan.

Kesemua banner itu yang dipasang diturun dan disimpan semula oleh pihak UBN. Kedatangan FRU menyebabkan timbul rasa cemas. Para penyokong Pas yang berkerja dari luar yang bertugas di beberapa pos berhampiran nampak seakan terkejut dan menanti tindakan FRU setrusnya. Ada yang sudah bersiap sedia untuk melihat FRU bertindak ganas.

Beberapa ketika keadaan penuh suspen dan menjaditanda tanya. Para petugas Pas kelihatan berbincang dengan pihak polis. Syukur Alhamdulilah kira-kira sejam FRU yang sudah siap sedia dengan perisai dan cotal di arah kembali ke kem mereka semula untuk tidur sebelum digerakan lagi.

Ketika ini juga Ketau Pemuda Pas Perak, Azli datang menenangkan keadaan dengan meminta orang ramai bertenang dan bersurai.

Dato Husam Cabar Dr. Zambry


Bukit Gantang, 2 April. YB. Dato' Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar 'Haram' Perak di cabar buktikan bahawa polisi pentadbiran Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaludin salah dan memudaratkan rakyat Perak.

Cabaran itu dibuat oleh YB. Dato' Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS sewaktu siri kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sepanjang empat siri ceramahnya, Dato' Haji Husam menegaskan bahawa Dato' Seri Nizar bukanlah boneka DAP seperti yang dijaja oleh Barisan Nasional. Sebaliknya Husam menyifatkan YB. Nizar sebagai seorang Menteri Besar pelbagai bangsa.

YB. Nizar telah mentadbir Kerajaan Negeri Perak dengan penuh semangat hormat menghormati kepada semua pihak termasuklah anggota dari parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.

"Ahli-ahli exco DAP tak pernah desak Nizar tapi mereka beri sokongan penuh kepada polisi Nizar," tegas Husam menafikan Nizar dicucuk hidung oleh Ahli-ahli Exco DAP.

"Apabila menjadi MB, Nizar melawat pondok Che Latif (pusat pengajian agama) dan luluskan sebidang tanah untuk meluaskan pondok itu." Kata Husam.

Menurut Husam lagi, exco Perak yang majoritinya ahli Yang Berhormat dari DAP telah meluluskan permohonan itu bahkan mereka juga mencadangkan keluasan yang diberi lebih besar dari yang di usulkan oleh Nizar.

Husam juga mendedahkan fakta dan statistik disebalik kontroversi pemberian geran tanah kepada penduduk kampung baru yang kini menjadi isu hangat dijaja oleh BN.

BN mendakwa pemberian tanah itu mencabar orang Melayu kerana ianya diberikan dengan jumlah begitu banyak kepada masyarakat Cina.

Menurut Husam, "YB. Nizar telah meluluskan pemberian 102,000 lot tanah kampung tersusun kepada penduduk yang rata-ratanya Melayu. Tetapi yang diungkit oleh BN ialah pemberian 47,000 lot tanah kampung baru kepada kebanyakannya penduduk keturunan Cina".

"Saya cabar Dr. Zambry, kalau tindakan Nizar itu salah, mengapa Dr. Zambry teruskan juga pemberian tanah itu lepas jadi MB haram!".

Bagaimanapun, sehingga kini Dato' Dr. Zambry masih belum memberikan sebarang respons kepada cabaran itu.

- www.husammusa.com

YDP Ustaz Nordin Jaffar yakin, pengundi PAS mampu pertahan kemenangan di Bukit Gantang!

Ustaz Nordin Jaafar yakin... berdasarkan perkembangan terkini yang diperolehi calon PAS mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kecil ini dengan pertambahan majoriti!

PAS mampu mempertahankqan kemenangannya di Bukit Gantang pada pilihan raya kecil 7 April ini walaupun mendapat tentangan sengit dari BN. Demikian dinyatakan oleh Yang Dipertuanya Ustaz Nordin Jaafar dalam satu pertemuan di kediamannya.

Menurutnya, berdasarkan perkembangan terkini yang diperolehi calon PAS mampu meraih kemenangan pada pilihan raya kecil ini dengan pertambahan majoriti.

"Kita menjangkakan pertambahan undi dari kalangan kaum Cina dan India. Dalam masa yang sama sokongan dari pengundi Melayu tidak akan menurun berbanding pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Dengan ini calon PAS tidak ada masalah untuk menang," ujarnya.

Petugas-petugas parti akan meningkatkan gerak kerja terutama di tiga hari terakhir menjelang hari pengundian dengan dibantu Kelab Penyokong PAS. Beliau yakin PAS tidak menghadapi laluan sukar untuk mempertahankan kemenangan pada pilihanraya kecil ini.

Tema kempen "PAS Mempertahankan Kemenangan Untuk Rakyat" telah menaikkan semangat seluruh petugas-petugas Pakatan untuk mencipta kemenangan pada kali ini.

"Walaupun BN membawa slogan "Mohon Restu Rakyat", tetapi ternyata pengundi-pengundi di sini tidak mudah terpedaya dengan taktik taktik BN. Bagi mereka BN tidak perlu mohon restu rakyat kerana apa yang dilakukan oleh Umno/BN terutama merampas kuasa di Negeri Perak telah mengguris perasaan rakyat Perak," kata Nordin.

Dalam masa yang sama beliau mengingatkan petugas-petugas dan penyokong Pakatan Rakyat jangan terlalu yakin dengan kemenangan kerana BN boleh melakukan apa sahaja di saat-saat akhir menjelang hari pengundian.

- http://sanggahtoksago.blogspot.com/

BARISAN NASIONAL KEDAH LUMPUH!!!

[npresppp.jpg]

Naib presiden PPP sertai PKR

Naib presiden Parti Progresif Rakyat (PPP), V Nagarajan menyertai PKR bersama 6,000 ahli selepas enam bahagian dan 62 cawangan PPP di Kedah dibubarkan.

Enam bahagian yang dibubarkan itu ialah Kubang Pasu, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kulim, Baling dan Merbok.

Pengumuman itu dibuat oleh Ahli Parlimen Sungai Petani, Johari Abdul yang juga anggota Kepimpinan Tertinggi PKR malam ini.

Nagarajan yang hadir sama, menyerahkan borang keahlian untuk menyertai PKR kepada Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber : Malaysiakini

Jentera Umno Bukit Gantang lumpuh akibat masih tidak puashati dengan calon

Sumber Asal : http://sanggahtoksago.blogspot.com

OLEH kerana tidak mahu Bendahari Agung Umno yang juga calon BN Bukit Gantang pada pilihan raya umum lalu, Dato' Seri Azim Mohd Zabidi bertanding semula pada pilihan raya kecil ini, maka Ismail Safian dipertaruhkan oleh bakal Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Namun, kepimpinan Umno Bahagian itu yang diketuai Dato' Rosli Husin tidak menyangka nama musuh ketatnya, Ismail Safian yang pernah menentangnya sebagai Ketua Umno Bahagian sebelum ini, dipilih sebagai calon sekalipun nama Timbalan Ketua Umno Bahagian, Kamalullail Sulaiman disebut-sebut.

Sehingga kini, jentera pilihan raya tempatan dikatakan "lumpuh" akibat rasa kecewa dengan pencalonan Ismail, sekalipun anak tempatan tetapi tetap dianggap "musuh dalam selimut" dalam Umno bahagian itu. Isu mahukan "anak tempatan menjadi calon" telah dijaja sendiri oleh Rosli kerana tujuan asalnya ingin menyekat kemaraan Azim.

Bagaimanapun, Isa dikatakan memberi laluan kepada Ismail untuk menentang Rosli pada pemilihan Umno sebelum ini tetapi tewas. Melalui hubungan Isa dengan Najib inilah, dikatakan nama Ismail muncul di Bukit Gantang semula.

Datuk Mohd Isa Ismail adalah bekas Setiausaha Sulit Najib sewaktu Najib menjadi Menteri Pelajaran dan pernah menjadi Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda Umno pada era beliau. Hubungan baik itu digunakan Isa untuk menaikkan Ismail.

Selain Kamalullail, Rosli sendiri dikatakan begitu ghairah untuk menjadi calon dan beliau adalah pemimpin BN yang menang di DUN Trong, sedangkan tiga lagi calon BN tewas termasuk Azim (Parlimen) dan dua lagi DUN, Cangkat Jering dan Kuala Sepetang.

Menurut sumber, jentera Umno yang sedang bergerak sekitar Bukit Gantang terdiri dari pelbagai jentera dari luar dan adalah dipercayai, masalah dalaman berkenaan calon pilihan telah meretakkan hubungan sesama mereka di peringkat bahagian.

Ini dapat dirasakan, kata satu sumber, pemimpin Umno bahagian termasuk ketuanya, Rosli tenggelam dalam arus kemaraan calon BN, Ismail dan para pemimpin Umno yang lain.

Rosli dikatakan benar-benar "bengang" dengan Ismail yang dilihat bakal menumbangkan beliau di Bukit Gantang pada pemilihan Umno akan datang jika beliau menang pada pilihan raya ini.

"Yalah, kalau dia (Ismail) menang, dah tentu Rosli akan disingkirkan selepas ini. Tengok dia jadi calon melalui Mat Isa yang rapat dengan Najib. Nanti Najib jadi PM, Ismail tentu boleh cantas Rosli dengan mudah," kata seorang pemimpin Umno ketika ditemui di Pasar Changkat Jering.

Sumber Asal : http://sanggahtoksago.blogspot.com

Saturday, April 4, 2009

Sambutan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Darul Naim

Daulat Tuanku!!!

pujaumur03022009


pujaumur02702009

pujaumur02472009

pujaumur02222009

pujaumur01452009


Datuk Seri Ir. Nizar Bantu Mangsa Kemalangan


Taiping, Perak, 3 April 2009, jam 9.30 malam berlaku satu kemalangan kecil yang membabitkan penunggang motosikal dengan sebuah kereta di Simpang, Taiping ketika rombongan calon menuju ke beberapa tempat ceramah di Bukit Gantang.

Sebuah motosikal dilanggar oleh sebuah kereta yang terus melarikan diri tanpa memberi pertolongan. Kejadian itu berlaku dihadapan kereta calon. Hj Nizar meminta pemandunya menghentikan kereta dan terus meluru keluar untuk memberi pertolongan. Hj Nizar telah menahan sebuah kereta polis dan memohon kerjasama pihak polis untuk mengawal lalulintas dan meminta pertolongan polis supaya menghantar mangsa tersebut ke hospital.

Kemudian Hj Nizar terus beredar menuju ke beberapa tempat program yang telah dijadualkan.


















































Video Ceramah Dato Seri Anwar Ibrahim, Bukit Selambau, Kedah, 4/4/2009











Sunday, March 22, 2009

Dilantik Senator Dewan Negara baru oleh DUN Kelantan.


KOTA BHARU, 7 Julai 2008 :- Sidang DUN bersetuju sebulat suara menerima perlantikan Dato' Hj. Ahmad Rosli bin Ibrahim bekas calon DUN Kok Lanas pada pilihanraya ke 12 lepas sebagai Ahli Dewan Negara (ADN).

YAB. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mencadangkan nama tersebut, yang juga merupakan bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan suatu masa dulu.
Perlantikan ini memenuhi kekosongan yang ada dan menjadi tandatanya banyak pihak sehingga hari ini.

Profil Senator Dato' Haji Ahmad Rosli Ibrahim


 Senator Dato' Haji Ahmad Rosli Ibrahim (D.J.M.K, A.S.K, J.P)

Ahli Dewan Negara - 07.07.2008 - 06.07.2011

Naib Presiden Majlis Jaksa Pendamai Kelantan.

Parti : PAS
Kawasan : Ketereh, Kelantan.
Negeri : Kelantan Darul Naim