KOTA BHARU, 7 Julai 2008 :- Sidang DUN bersetuju sebulat suara menerima perlantikan Dato' Hj. Ahmad Rosli bin Ibrahim bekas calon DUN Kok Lanas pada pilihanraya ke 12 lepas sebagai Ahli Dewan Negara (ADN).
YAB. Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat mencadangkan nama tersebut, yang juga merupakan bekas Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan suatu masa dulu.
Perlantikan ini memenuhi kekosongan yang ada dan menjadi tandatanya banyak pihak sehingga hari ini.
Senator Dato' Haji Ahmad Rosli Ibrahim (D.J.M.K, A.S.K, J.P)
Ahli Dewan Negara - 07.07.2008 - 06.07.2011
Naib Presiden Majlis Jaksa Pendamai Kelantan.
Parti : PAS
Kawasan : Ketereh, Kelantan.
Negeri : Kelantan Darul Naim